Guru-guru SMK Bagan Jaya

Happy Chinese New Year

Tahun Baru Cina hampir tiba. Kemeriahannya turut dirasai oleh semua warga SMK Bagan Jaya. Kebanyakan pelajar telah mula menghiaskan bilik darjah masing-masing mengikut tema Perayaan Tahun Baru Cina. Ada yang sanggup berbelanja besar bagi merealisasikan impian menghias kelas masing-masing agar menjadi tumpuan seluruh warga SMK Bagan Jaya. Tanglong bercahaya, lampu hiasan, hamper, limau dan angpau memenuhi setiap ruang di dalam mahu pun di luar bilik darjah. Ditambah dengan sambutan valentine's day, membuatkan dua sambutan berganda bertambah meriah. Para pelajar SMK Bagan Jaya amat teruja dengan kedua-dua sambutan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tidak ketinggalan para guru tidak kira melayu, cina atau india sama-sama mengekspresikan suasana sambutan agar lebih ceria dengan memberi sokongan moral.







0 comments:

Post a Comment