Guru-guru SMK Bagan Jaya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ACARA SUKANTARA (PEREMPUAN)
TARIKH: 24 Feb 2010 (Rabu)
TEMPAT: Padang SMK Bagan Jaya
MASA: 7.30 hingga 10.00 pagi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Taklimat diberikan olek PK HEM Pn. Lim Cheang Woei kepada pelajar sebelum acara sukantara dimulakan



Wakil dari pasukan rumah Kuning, Merah, Biru dan Hijau



Acara larian 100 meter

Acara larian 100 meter


Aksi-aksi lompatan dalam acara lompat jauh


Pegawai yang bertugas


Pegawai yang bertugas


Orang Kuat Unit Ko-Kurikulum SMK Bagan Jaya


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ACARA SUKANTARA (LELAKI)
TARIKH: 23 Feb 2010 (Selasa)
TEMPAT: Padang SMK Bagan Jaya
MASA: 7.30 hingga 10.00 pagi

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ahli-ahli Rumah Merah

Ahli-ahli Rumah Kuning


Ahli-ahli Rumah Biru


Ahli-ahli Rumah Hijau




Guru-guru SMK Bagan Jaya yang bersemangat dan komited


Permata SMK Bagan Jaya


Pasukan Rumah Kuning bersama dengan guru penasihat mereka


Taklimat diberikan kepada ahli-ahli rumah kuning


Acara Lari 100 meter Rumah Kuning


Acara Lari 100 meter Rumah Kuning


Acara Lari 100 meter Rumah Merah


Acara Lari 100 meter Rumah Merah


Acara Lari 100 meter Rumah Biru


Acara Lompat Jauh Rumah Biru


Acara Lompat Jauh Rumah Kuning


Acara Lompat Jauh Rumah Kuning



Happy Chinese New Year

Tahun Baru Cina hampir tiba. Kemeriahannya turut dirasai oleh semua warga SMK Bagan Jaya. Kebanyakan pelajar telah mula menghiaskan bilik darjah masing-masing mengikut tema Perayaan Tahun Baru Cina. Ada yang sanggup berbelanja besar bagi merealisasikan impian menghias kelas masing-masing agar menjadi tumpuan seluruh warga SMK Bagan Jaya. Tanglong bercahaya, lampu hiasan, hamper, limau dan angpau memenuhi setiap ruang di dalam mahu pun di luar bilik darjah. Ditambah dengan sambutan valentine's day, membuatkan dua sambutan berganda bertambah meriah. Para pelajar SMK Bagan Jaya amat teruja dengan kedua-dua sambutan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tidak ketinggalan para guru tidak kira melayu, cina atau india sama-sama mengekspresikan suasana sambutan agar lebih ceria dengan memberi sokongan moral.







Nite of Rhythms & Melodies

Lagu Sekolah

SMK Bagan Jaya

Di sinilah berhimpun warga pelajar

Gedung ilmu menara jasa

Menjunjung amanah BERDISIPLIN BERBAKTI

Teguh mengisi harapan

Insan mulia penerus wawasan

Bersatu tenaga mencapai kejayaan

Sehati sejiwa menuju gemilang

Harum namamu menyinar zaman

Semarak namamu menjadi sebutan

Penyumbang bakti ke anak bangsa

Penerus warisan negara tercinta

Sekolahku SMK Bagan Jaya

Tersemat menjadi kenangan

Tersurat jasamu menjana kemajuan

Insan berbakti itulah harapan

Lirik dan lagu oleh: En. Alam Bakar Shah

VISI SEKOLAH
Sebagai sebuah institusi pendidikan,sekolah ini bertujuan melahirkan warganegara yang sempurna dari segi akademik, jasmani dan rohani serta bertanggungjawab kerana disiplin dan ketahanan diri dan juga dapat berbakti kepada keluarga dan masyarakat agar dapat memenuhi aspirasi negara.
MISI SEKOLAH
  • Mendidik pelajar dengan keperibadian dan moral serta nilai murni yang dianjur oleh semua agama.
  • Meningkatkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum yang berkualiti dan sentiasa mengekalkan kecemerlangan di dalam peperiksaan PMR, SPM, STPM.
  • Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan 'Zero Defect' .
  • Melahirkan generasi pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran dan sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan manusia sejagat.

MOTO SEKOLAH

BERDISIPLIN BERBAKTI

Lokasi SMK Bagan Jaya



Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya telah ditubuhkan pada tahun 1998. Pada peringkat permulaannya sekolah ini dikenali sebagai SMK Kampung Simpah sebelum ditukarkan kepada nama SMK Bagan Jaya. Sidang akademiknya yang pertama telah bermula pada 5 Januari 1998 dengan 401 orang pelajar yang terdiri daripada 5 Kelas Tingkatan Peralihan dan 5 Kelas Tingkatan Satu.

Barisan kakitangan sekolah diketuai oleh Dr. Goh Kok Keng selaku Pengetua Pertama SMKBJ, Penolong Kanan Encik Khoo Boo Eng, 22 orang guru dan dibantu oleh 5 Orang Staff Sokongan. Pada tahun 1999, tenaga pengajar bertambah menjadi 36 orang guru. Staff akademik ini bertanggungjawab mendidik 718 orang pelajar yang terdiri daripada 6 Kelas Peralihan, 8 Kelas Tingkatan Satu dan 5 Kelas Tingkatan 2.

Pada tahun 2000, enrolmen pelajar telah meningkat kepada 929 orang. Bilangan guru juga telah bertambah kepada 52 orang. Lantaran itu, sesi persekolahan terpaksa dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Bilangan pelajar dan guru sekolah ini juaga kian bertambah. Pada tahun 2001 sekolah ini mempunyai seramai 1261 pelajar dan 67 orang guru.

Pada 1 Julai 2003 Tuan Pengetua SMK Bagan Jaya, Dr. Goh Kok Keng telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Tempat Dr. Goh Kok Keng telah diganti oleh Encik Ooi Lean Kok bermula 1 Julai 2003. Beliau meneruskan agenda SMK Bagan Jaya ke arah kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum. Namun khidmat beliau tidak lama di SMK Bagan Jaya.

Pada 1 Disember 2003 belau telah ditukarkan untuk bertugas sebagai Pengetua SMK Seberang Jaya pula sebelum beliau bersara wajib. Bermula 1 Disember 2003, Encik Tan Keat Kooi bekas pengetua SMK Seberang Jaya telah ditukarkan ke SMK Bagan Jaya sebagai pengetua, sehinggalah beliau telah bersara wajib pada 15 September 2005.

Tempoh perkhidmatan beliau yang lebih lama di SMK Bagan Jaya berbanding pengetua yang sebelumnya menyebabkan beliau sempat merancang dan menjalankan pelbagai program. Banyak kejayaan telah dicapai melalui program anjuran beliau. Sumbangan yang beliau curahkan amat berharga kepada warga SMK Bagan Jaya. Encik Tan Tick Lay, Bekas Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Kampung Kastam, Butterworth telah dilantik sebagai pengetua baru SMK Bagan Jaya bermula 16 September 2005 dan masih berkhidmat sehingga ke hari ini.

Beliau banyak berusaha menaiktaraf kemudahan-kemudahan prasarana yang terdapat di SMK Bagan Jaya demi keselesaan dan keselamatan warga SMK Bagan Jaya. Pencapaian SMK Bagan Jaya semakin cemerlang, pertambahan pelajar begitu pesat sehingga melebihi 2100 orang pelajar. Pada masa ini, SMK Bagan Jaya terus menjadi pilihan ibu bapa untuk kelangsungan pendidikan anak-anak mereka.

Semoga SMK Bagan Jaya terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Sejarah hari ini pasti akan menjadi wadah bagi SMK Bagan Jaya untuk membina sejarah yang lebih gemilang pada masa hadapan dalam semua bidang.